skbrbp.zoom-a.com
SK BUKIT RAHMAT
Kg Pt Belemam, Tongkang Pechah, 83010 Batu Pahat Tel :07-4153424, Fax :07-4153424
e-mel : skbrbp@gmail.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA-KATA ALUAN | PANORAMA | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PAUTAN | PIBG | SEJARAH | VISI & MISI | BERITA TERKINI | MARQUEE | AKTIVITI | BUKU PELAWAT | PUSAT SUMBER SKBR |

BERITA TERKINI

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKBR 2010


Bertarikh 09 Oktober 2010, bersamaan pada hari Sabtu SK Bukit Rahmat telah mengadakan aktviti perkhemahan unit beruniform yang bertempat di padang sekolah.

Aktiviti perkemahan unit beruniform ini adalah rutin tahunan yang diadakan pada setiap tahun untuk memberi pendedahan tentang perkhemahan kepada murid-murid tahap 2 yang terdiri dari murid-murid tahun 4,5 dan 6. Melalui aktviti perkhemahan iniĀ  murid-murid telah terlibat di dalam beberapa aktiviti iaitu memasang dan mengemas khemah, kawad kaki, membuat gajet, membuat anduh dan balutan serta menyediakan sandwich.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Bukit Rahmat En.Zainal Abadin bin Juri.
Majlis ini tamat sekitar jam 5.00 petang. Diharapkan dengan adanya perkhemahan ini, ianya dapat memberi pengalaman bru kepada semua murid-murid..


MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-4

Pada 15 Mei 2005 (Ahad), Sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-4 yang diadakan di dewan terbuka Sekolah bermula jam 8.00 pagi. Mesyuarat ini telah dijayakan dengan kerjasama ibu bapa, ahli jawatankuasa dan guru-guru.

Tahniah juga kepada semua guru Sekolah kerana telah bertungkus-lumus siang dan malam untuk menjayakan mesyuarat tersebut. Tanpa semua guru pasti majlis ini tidak dapat berjalan dengan licinnya dan sempurna.

Mesyuarat PIBG yang diadakan setiap tahun bertujuan melantik ahli jawatankuasa bahru dan membincangkan mengenai kemajuan sekolah dan murid. Dengan adanya mesyuarat sebegini, pelbagai aktiviti sekolah dapat dijalankan antaranya motivasi murid dan guru, sambutan Maulidurasul dan sebagainya.

Selain mengadakan Mesyuarat Agong PIBG, Sekolah juga telah mengadakan majlis perasmian rumah hijau yang ditaja oleh Dewan Perniagaan Melayu Negeri. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Syed Saruat iaitu wakil Dewan Perniagaan Melayu Negeri.

Pondok rumah hijau telah dibina pada pertengahan tahun 2004. Pondok yang didirikan berdekatan dengan kantin sekolah dibina untuk kemudahan warga Sekolah seperti menghias pentas dan sebagainya.


Laman web ini sesuai dilayari menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0

Hakcipta Terpelihara SK Bukit Rahmat 2010

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: