skbrbp.zoom-a.com
SK BUKIT RAHMAT
Kg Pt Belemam, Tongkang Pechah, 83010 Batu Pahat Tel :07-4153424, Fax :07-4153424
e-mel : skbrbp@gmail.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | KATA-KATA ALUAN | PANORAMA | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PAUTAN | PIBG | SEJARAH | VISI & MISI | BERITA TERKINI | MARQUEE | AKTIVITI | BUKU PELAWAT | PUSAT SUMBER SKBR |




SEKAPUR SIRIH DARIPADA
GURU BESAR
(EN.ZAINAL ABADIN BIN JURI)


Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa PIBG, barisan pendidik dan kakitangan serta para pelajar ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini.

Semoga laman web ini akan dapat mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.


Laman web ini sesuai dilayari menggunakan pelayar Internet Explorer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0

Hakcipta Terpelihara SK Bukit Rahmat 2010

Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: